Monday, 27 May 2013
Langkah...
Mengorak langkah setapak demi setapak. Memulakan sesuatu terlalu sukar, akan tetapi jika sudah ada permulaan pasti akan ada pengakhirannya. Terus tabah dan cekal walau sering dicemuh dan diperlekehkan sekurang-kurangnya perjalanan harus diteruskan pada usia yang dah semakin lanjut ini. Terima kasih en.suami, family dan rakan-rakan yang sering menjadi pakar motivasiku.
PRINSIP, TEKNIK,KAEDAH DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA
PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA
a. Memulakan proses pengajaran daripada mudah kepada yang susah
b. Memberikan latih tubi
c. Mengajar secara konkrit dengan menggunakan BBM
d. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas
e. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks petikan
TEKNIK PENGAJARAN TATABAHASA
a. Teknik keperihalan
b. Teknik binaan
c. Teknik analisis
d. Teknik bersoal jawab
e. Teknik penerangan
KAEDAH PENGAJARAN TATABAHASA
a. Pendekatan deduktif
b. Pendekatan induktif
c. Pendekatan eklektif
d. Pendekatan komunikatif
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA
a. Kesalahan penggunaan imbuhan
b. Kesalahan penggunaan kata hubung
c. Kesalahan kata pemeri
d. Kesalahan penggunaan aspek frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama
e. Kesalahan penggunaan sendi nama
Subscribe to:
Comments (Atom)