PureLuve93

Friday, 20 September 2013

NORMAZIATUL NORIAH

09.09.1996....Lahirlah seorang bayi yang diberi nama Normaziatul Noriah binti Datu Kadir....Aku tumpang gembira dengan kelahirannya maklumlah pada ketika itu usia perkahwinanku sudah menjangkau 3 tahun tetapi masih belum ada rezeki. Aku cukup gembira bila adikku Nordayana @ Nora membahasakan diriku 'mama sayang' kepada anaknya. 
Ketika itu kartun tweety dan hello kittey menjadi kegilaan kanak-kanak. Maka akupun memanggil baby itu dengan panggilan etty sempena nama tweety dan hello kittey. Aku merasakan dia seperti anak kandungku. Bermulalah panggilan namaku 'mama sayang'. 
02.03.2000...Lahir pula puteriku Nur'ain Mardhiyah binti Harun. Namun kasih sayangku untuk etty tidak berkurang...Munculah pula istilah sayang no.1. Kakak Etty sayang no.1 dan adik ain sayang no.2.
Terlalu banyak kenangan....sehinggalah tragedi malang berlaku.
22.06.2013....Sayang no.1 terlibat dengan kemalangan bersama best friendnya....Walaupun kasih sayangku padanya Sayang no.1 tetapi ALLAH lebih menyayanginya....
Tak terasa masa berlalu...dah 3 bulan berlalu tetapi masih sukar menerima hakikat dia telah pergi meninggalkan diriku....Al-Fatihah untuk arwah.

Monday, 27 May 2013

Langkah...

Mengorak langkah setapak demi setapak. Memulakan sesuatu terlalu sukar, akan tetapi jika sudah ada permulaan pasti akan ada pengakhirannya. Terus tabah dan cekal walau sering dicemuh dan diperlekehkan sekurang-kurangnya perjalanan harus diteruskan pada usia yang dah semakin lanjut ini. Terima kasih en.suami, family dan rakan-rakan yang sering menjadi pakar motivasiku.

PRINSIP, TEKNIK,KAEDAH DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA



PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA 
a.  Memulakan proses pengajaran daripada mudah kepada yang susah
b.  Memberikan latih tubi
c.  Mengajar secara konkrit dengan menggunakan BBM
d.  Mengenal pasti struktur isi dengan jelas
e.  Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks petikan

 TEKNIK  PENGAJARAN TATABAHASA
a. Teknik keperihalan
b. Teknik binaan
c. Teknik analisis
d. Teknik bersoal jawab
e. Teknik penerangan

KAEDAH PENGAJARAN TATABAHASA
 a. Pendekatan deduktif
b. Pendekatan induktif
c. Pendekatan eklektif
d. Pendekatan komunikatif

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA

a. Kesalahan penggunaan imbuhan
b. Kesalahan penggunaan kata hubung
c. Kesalahan kata pemeri
d. Kesalahan penggunaan aspek frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama
e. Kesalahan penggunaan sendi nama
http://youtu.be/F30nEiFxS38